Resepi Potato Wedges ala KFC
Bahan-bahan:
1. Kentang (Sebanyak yang diperlukan untuk makan)
2. Garam
3. Pati Ayam
4. Tepung gandum
5. Serbuk Lada Hitam
Cara - Cara Membuat :
1. Kentang direndam di dalam air panas 2minit.Potong kentang seperti potong epal akan kat KFC tu.Kalau tak potong kulit pun takpe.lagi ok.
2. Rebuskan kentang di dalam air.Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa,apapun jangan la banyak sangat.Ada yang kata tak perlu direbus.Tapi bagi Chef perlu untuk melembutkan tekstur kentang.
3. Keluarkan kentang dari rebusan.Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan,gunakan garfu dan cucuk pada kentang.Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang,maknanya sudah boleh dikeluarkan.Tapi pastikan jangan lama sangat rebus.Nanti kentang lembut sangat.
4 Panaskan minyak dalam kuali.Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.
5.Kentang-kentang tadi,balutkan dengan serbuk tepung gandum+lada hitam(dicampur)lagi banyak lada hitam
lagi pedas.Peringatan kat sini,tepung gandum jangan letak air..Hehe.Masa Chef cuba resepi ini.Chefmmasukkan air.Tiada siapa yang ajar,manalah chef tahu.Sebabnya,kentang dah basah,nanti tepung tak lekatpada kentang.
6. Goreng wedges semuat kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
7. Boleh la dihidangkan bersama mayonis dll.