7 ayat untuk laris produk anda
7 ayat untuk laris produk anda-usaha memperkembang dan memajukan perniagaan, perkara asas yang harus dibuat adalah pengiklanan, baik melalui media risalah, surat khabar, internet, mahu pun poster dan sepanduk. Dalam mereka visual iklan yang menarik, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan, contohnya komposisi warna, latar belakang, tema iklan dan pemilihan perkataan-perkataan promosi yang sesuai. Penggunaakan perkataan-perkataan yang sesuai akan dapat mempengaruhi bakal pengguna. Terdapat banyak ungkapan dalam pengiklanan yang dikatan "berhantu" dan mampu memberi kesan yang khusus dan mendalam terhadap para pembaca iklan, antaranya adalah:
1. Amazing (Menakjubkan)
Perkataan "Amazing" atau "Menakjubkan" merupakan pilihan ungkapan iklan yang menegaskan bahawa produk yang anda jual mempunyai sesuatu yang akan membuatkan orang merasa kagum. Contohnya tonik melebatkan rambut segera, ubat untuk menurunkan berat badan dengan pantas, kursus cepat pandai, dan sebagainya. Contoh frasa yang digunakan adalah: "Ini merupakan produk herba yang sangat menakjubkan!!! Menurunkan kolesterol, Meningkatkan kesihatan, dan sebagainya!”. Pengunaan perkataan amazing (menakjubkan) dalam kempen iklan perlu disertakan dengan bukti keberkesanan. Untuk menjayakan iklan produk perniagaan yang menggunakan perkataan amazing, ia harus disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.
2. Free (Percuma)
Siapa yang tidak suka dengan barang percuma? Penekanan perkataaan "Free" atau "Percuma" dalam iklan merupakan salah satu senjata dalam menarik pelanggan. Perkara yang ditawarkan secara percuma biasanya komponen sokongan (bukan barang utama) dalam komponen perniagaan atau produk, misalnya pendaftaran percuma, wifi percuma, pandu cuba percuma, dan sebagainya. Dalam bisnes teknologi, konsep Freemium telah membuat Google, Facebook, Twitter, menjadi gergasi perniagaan dunia.
3. New (Baru)
Kata jargon "Baru" sering digunakan untuk memperkenalkan suatu produk perniagaan yang belum wujud, atau untuk mempromosikan varian produk terbaru. Contoh frasa iklan: "Baru, pelaburan yang mendatangkan keuntungan besar!!!"
4. Different (Berbeza)
Pemilihan kata "Berbeza" dalam iklan berguna untuk memaparkan produk yang istimewa, unik atau konsep perniagaan yang mempunyai identiti berbeza. Contoh penggunaannya adalah : "Inilah produk pizza yang berperisa istimewa, dan benar-benar berbeza"
5. The Only (Satu-satunya)
Penekanan perkataan "Satu-satunya" dalam dunia pengiklanan bertujuan membuat para pengguna lebih yakin bahawa produk perkhidmatan atau perniagaan yang anda tawarkan merupakan pilihan yang terbaik, dan pengguna tidak akan dapat mencari alternatif yang lain. Misalnya "Kamilah satu-satunya institusi yang mempunyai kerjasama dengan Universiti Singapura.”
6. Guaranteed (Dijamin)
Jika produk perniagaan yang anda tawarkan sering diragui oleh para pengguna, baik dari segi kualiti produk, kesan sampingan atau pun kesan terhadap pengguna, maka langkah terbaik adalah memberikan jaminan kepada pelanggan. Contoh yang sering digunakan adalah "Jika gagal, pembayaran balik dijamin!"
7. Exciting (Menarik)
Ungkapan "Menarik" dalam ungkapan iklan dapat memberikan gambaran terhadap pengguna tentang sesuatu yang mengasyikkan, mengujakan dan dihebohkan. Kata "Menarik" ini biasanya diungkapkan bersama dengan perkataan seperti “diskaun besar” atau “bonus meriah”.
Selain daripada perkataan-perkataan di atas, beberapa pilihan kata iklan yang lain, misalnya Terbaik, Terlaris, Luar Biasa, Produk Ternama atau perkataan Hot!
Sumber