Wasiat Nabi Nuh a.s kepada anaknya


Bismillahirrahmanirrahim.

Wasiat Nabi Nuh a.s kepada anaknya.
Daripada Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Nabi Nuh a.s telah mewasiatkan akan anaknya dengan berkata:

"Wahai anakku, aku wasiatkan kamu untuk melakukan dua perkara dan aku mencegah kamu daripada dua perkara. Aku mewasiatkan kamu supaya mengucapkan 'La ilaha illallah', kerana sesungguhnya jika kalimah ini diletakkan di sebelah piring neraca dan seluruh langit dan bumi diletakkan di sebelah lagi maka kalimah ini akan memberati timbangan itu. Dan jika seluruh langit dan bumi ini menjadi satu bulatan maka kalimah ini tetap akan memecahkan bulatan itu dan ia terus menuju kepada Allah. Perkara kedua yang aku wasiatkan ialah membaca 'Subhanallahil azim wa bihamdihi', kerana sesungguhnya kalimah itu merupakan ibadat seluruh makhluk. Dan aku mencegah kamu daripada dua perkara iaitu daripada syirik dan takabur kerana kedua-dua perkara ini menjauhkan seseorang hamba daripada Allah."

Hadis Riwayat Bazzar: Majma'uz Zawa'id
Nak artikel terkini ? masukan email anda kat bawah Dari : zuan
Print PDF
Next
« Prev Post
Previous
Next Post »

Copyright © 2015. zuwankb - All Rights Reserved | Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger