Teknik Gandakan Wang Anda

Kita sering dicanang dengan teknik "leverage" untuk tingkatkan keuntungan kita di masa hadapan. Leverage yang biasa kita faham ialah, setiap kejayaan yang kita buat selama ini kita masukkan di dalam profile kita untuk berikan keyakinan kepada prospek lain untuk membeli daripada kita jika kita rekomenkan sesuatu produk kepada mereka. 

Pada sudut yang lebih tepat untuk orang yang baru nak bermula, leverage bermaksud kita join venture dengan orang yang dah ada nama di dalam pasaran dan kita mohon bantuan mereka untuk bercakap-cakap tentang kebaikan produk kita. Kita boleh berikan apa-apa yang berbentuk manfaat kepada Partner JV kita.

Secara cepat, nama kita akan naik disebabkan terkena tempias aura mereka. Ini adalah suatu permulaan yang baik.

Pada pandangan saya pula, leverage ialah sedekah jariah di mana untuk mendapatkan 10 kali ganda daripada hasil hendaklah sedekahkan 1 bahagian yang kita sayang kepada mereka yang memerlukan.

Jadi, jika kita dah berjaya buat duit daripada affiliates sebelum ini, untuk tingkatkan lagi keuntungan di masa akan datang, kita sedekahkan 1 atau 2 bahagian daripada hasil sekarang ini kepada sahabat handai, fakir miskin, anak yatim dan orang yang sedang berjihad menuntut ilmu dan semua yang di dalam kebaikkan yang dituntut oleh agama.

Di dalam masa yang sama, hasil daripada wang affiliate ini juga kita belanjakan untuk menambahkan lagi ilmu dan strategi pemasaran. Belajar daripada orang yang telah berjaya. 

Niat untuk membantu ibu bapa juga wajib dipasak dalam-dalam hati kita supaya kita dapat menjalankan aktiviti pemasaran dan promosi dengan lebih tekun disebabkan orang yang kita sayang. 

Dengan izin tuhan, Bisnes kita akan cepat berkembang dan pesat membangun. Idea-idea akan mencurah-curah masuk ke dalam minda. Itulah suatu keajaiban kuasa ghaib - sedekah.
semoga manfaat...



Nak artikel terkini ? masukan email anda kat bawah Dari : zuan
Print PDF
Next
« Prev Post
Previous
Next Post »

Copyright © 2015. zuwankb - All Rights Reserved | Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger