TIPS KEMPISKAN PERUT DALAM MASA SEMINGGU


 Petua 1 (Asam jawa)
Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.

 Petua 2 (Daun lidah buaya dan asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.

 Petua 3 (Limau nipis dan kapur sirih)
Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.

 Petua 4 (Limau nipis & air)
Umum tahu bahawa limau nipis boleh menurunkan berat badan serta menghilangkan perut buncit. Cara yang betul untuk mengempiskan perut anda ialah ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.

 Petua 5 (Teh cina dan limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.

 Petua 6 (Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli)
Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat.
Nak artikel terkini ? masukan email anda kat bawah Dari : zuan
Print PDF
Next
« Prev Post
Previous
Next Post »

Copyright © 2015. zuwankb - All Rights Reserved | Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger